BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Hard but Not Impossible

Cipta Fantasi Dalam Ilusi, Implikasinya Tak Seindah Imiginasinya (^_^)

Tuesday, February 23, 2010

Jom Kenali IPTA di Malaysia

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


UNVERSITI SAINS MALAYSIA


UNIVERSITI TENIKAL MALAYSIA MELAKA


UNVERSITI UTARA MALAYSIA


UNVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNVERSITI MALAYSIA SARAWAK


UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


UNVERSITI MALAYSIA KELANTAN



UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI MALAYA


UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG



UNIVERSIT TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

What Do You Think About Phobia?

Fobia adalah rasa takut yang keterlaluan terhadap sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan mengganggu kehidupan orang yang mengalaminya. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang berada dalam keadaan yang tidak tahu berfikir dan melakukan apa-apa kerana terlalu takut.


Beberapa kategori fobia dalam kehidupan:
  1. Agrophobia- ketakutan orang Afrika terhadap budaya Afrika
  2. Agoraphobia- ketakutan terhadap lapangan
  3. Antlophobia- takut terhadap banjir
  4. Bibliophobia- takut terhadap buku
  5. Caucasophobia- ketakutan terhadap orang dari kaum Kaukasus
  6. Cenophobia-takut terhadap ruang kosong
  7. Dendrophobia- takut terhadap pohon
  8. Ecclesiophobia- takut pada gereja
  9. Felinophobia- takut terhadap kucing
  10. Genuphobia- takut terhadap lutut
  11. Hydrophobia- takut akan air
  12. Hyperphobia- takut akan ketinggian
  13. Iatrophobia- takut akan doktor
  14. Japanophobia- takut terhadap orang Jepan
  15. Lygophobia- takut akan kegelapan
  16. Necrophobia- takut terhadap kematian
  17. Panophobia- takut terhadap segalanya
  18. Photophobia- takut akan cahaya
  19. Ranidaphobia- takut akan katak
  20. Shlionophobia- takut terhadap sekolah
  21. Uranophobia- takut terhadap syurga
  22. Venustraphobia- takut akan perempuan cantik
  23. Xanthophobia- takut kepada warna kuning
  24. Arachnophobia-takut kepada sayur-sayuran


Sunday, February 21, 2010

MULTIPLE INTELLIGENCE

Kecerdasan Pelbagai (Harward Garner)
1.Verbal-Linguistik
  • Seorang yang mampu menggunakan perkataan dengan berkesan sama ada secara lisan atau bertulis. Orang yang mempunyai ciri ini juga mempunyai kebolehan memanipulasi ayat, gaya bahasa dan pengucapan yang baik dan sempurna.
  • Kerjaya : Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah bidang bahasa.
  • Tokoh : Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespere
2.Logik-Matematik
  • Seorang yang mempunyai kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik). Orang dalam kategori ini melibatkan pemikiran secara saintifik, heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, pengujian hipotesis, dan penghitungan
  • Kerjaya : Ahli matematik, jurutera, akauntan
  • Tokoh : Issac Newton, Carl Freidrich, Al-Khawarizmi
3.Ruang-Visual
  • Orang yang mempunyai kebolehan mencipta gambaran mental dan dunia visual. Mereka mempunyai kepekaan terhadap garis, warna. bentuk dan ruang.
  • Kerjaya : Pelukis, Pengukir, Arkitek
  • Leonardo da Vinci, Hijjaz Kasturi, Minoru Yamasaki
4.Interpersonal
  • Orang yang mempunyai kemampuan mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan berkebolehan berkomunikasi dengan orang lain secara pragmatik dan lancar.
  • Kerjaya : Ahli politik, usahawan, pengacara
  • Tokoh : Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi
5.Intrapersonal
  • Orang yang mempunyai pengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mereka mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, dorongan, kemarahan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan untuk membentuk jati diri.
  • Kerjaya : Pakar kaunseling, pakar psikologi, ahli motivasi
  • Tokoh : H. M Tuah Iskandar, Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, William Glasser
6.Kinestetik
  • Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti kooridinasi, keseimbangan dn kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan perasaan dan idea.
  • Kerjaya : atlet sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon
  • Tokoh : Nicole David, Micheal Jordan, Rosyam Nor, Jackie Chan
7.Muzik
  • Kemampuan menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Mereka peka terhadap ritma, melodi dan kualiti sesuatu hasil muzik
  • Kerjaya : Komposer, penyanyi, pemuzik
8.Naturalis
  • Mempunyai kemahiran untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna.
  • Kerjaya : Petani, ahli botani, geologi, ahli biologi
  • Tokoh : Charles Darwin, David Starr Jordan, Louise Agassiz

Tuesday, February 16, 2010

Persahabatan Adalah Kasih Sayang Tanpa Sayap


Apa yang kita alami demi teman-teman kadang-kadang memenatkan dan mengjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunayai nilai yang indah.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi, demikianlah sahabat mendorong sahabatnya. persahabatan diwarni dengan pelbagai pengalaman suka duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan untuk kebencian.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya boleh berubah.

Kerinduan sahabat adalah menjadi sebahagian daripada kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang dibajai dengan sifat egostik. Semua manusia memerlukan sahabat sejati namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak orang telah menikamti indahnya persahabatan, namun ada juga yang hancur kerana dikhianati oleh sahabatnya.

a friends is one who forgives before you say sorry
understand when you say forgot
wait forever when you say one minute
and stay when you say leave me alone



Monday, February 15, 2010

E-cigarette



Kalaulah seseorang dah merokok, apa halangan sekalipun mereka tidak akan lupakan bahan itu. Keluar fakta yang mengatakan rokok itu bahaya, rokok naik harga pun, mereka tidak akan berhenti dengan mudah. Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, juga membahayakan orang sekelilingnya yang menghidu asap rokok terbabit. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan. Racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.

Disebabkan itu, perokok bolehlah bertukar kepada rokok yang berelektronik. Pelik bukan, rokok pun boleh dibuat secara elektronik. Jadi ia bolehlah dikatakan sebagai gajet rokok elektronik. Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser

Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.

Bagaimana rokok elektronik ini berfungsi?

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yang berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap.

~Walau bagaimanapun, rokok tetap Membahayakan~

Belajarlah secara Efektif


Cara Belajar Yang Betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga - Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam - Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan

Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda

Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan

Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda

Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan

Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.