BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Hard but Not Impossible

Cipta Fantasi Dalam Ilusi, Implikasinya Tak Seindah Imiginasinya (^_^)

Saturday, April 10, 2010

UNITY THROUGH DIVERSITY

Program Integrasi Erat & Khidmat Masyrakat
Tempat: Universiti Tenikal Malaysia Melaka (UTeM)
Tarikh: 2-4 April 2010

Program ini adalah anjuran Badan Kebajikan Siswa/Siswi Anak Sarawak (BAKSAR). Pengalaman manis dan pahit dalam menjalankan program ini menjadi kenangan buat kami semua. Kerjasama dengan pelajar UTeM juga menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan di mana bakal-bakal engineer dan bakal-bakal guru telah bertungkus lumus dalam melaksanakan program ini. Kedatangan pelajar dari SM Dol Said dan SMT melengkapkan lagi program ini.

Tuesday, March 23, 2010

Program Motivasi Pemangkin Kecemerlangan Pelajar

Program Motivasi Pemangkin Kecemerlang Pelajar
Tempat: SMK Raja Lumu, Klang
My Team :
  1. Asiah
  2. Nabilah
  3. Ara
  4. Nisa
  5. Dila
  6. El
  7. Dewie




MY TEAM


SESI XTVT


SESI BERGAMBAR - I LOVE MY STUDENTS

Sunday, March 7, 2010

SIBER KAUNSELING

Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah memperkenalkan siber-k pada November 1997. Siber-K menggunakan pendekatan e-mail bagi memberi perkhidmatan kaunseling. Siber-K diharap dapat:
  • memudahkan klien untuk berhubung dengan kaunselor
  • mengurangkan perasaan malu di kalangan klien
  • mencegah masalah peringkat awal dan mengelakkan daripada berlarutan
  • sumber rujukan awal bagi perkhidmatan kaunseling
  • menjadikan perkhidmatan kaunseling tidak asing bagi orang awam
Siber-K bertujuan untuk:
  • membantu dalam berfikir, berperasaan dan bertingkahlaku secara kolektif mengikut keadaan.
  • membantu menilai dan kelemahan diri supaya membangunkan potensi diri
  • membantu mendapatkan alternatif dalam kehidupan supaya lebih mudah untuk membuat sebarang keputusan
  • membantu untuk bekerja dengan lebih konstruktif
  • membantu dalam berhadapan dengan stress dan mengurangkan kesan negatif akibat stress
Proses mendapatkan kaunseling melalui Siber-K
  • individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling boleh memilih kaunselor yang dikehendaki
  • anda akan dirujuk terus kepada e-mail kaunselor yang dipilih, sila taip sebarang pertanyaan atau permasalahan anda dan kemudian hantar (sent) kepada kaunselor berkenaan.
  • e-mail anda akan dijawab dalam masa 48 jam oleh kaunselor berkenaan
  • ini bergantung kepada ruang masa kaunselor tersebut (mengambilkira cuti, tugasan luar dan kursus kaunselor tersebut)
  • proses seterusnya adalah berdasarkan perbincangan dengan kaunselor anda. Anda digalakkan untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka bagi mendapatkan sesi kaunseling yang lebih berkesan.

Tuesday, February 23, 2010

Jom Kenali IPTA di Malaysia

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


UNVERSITI SAINS MALAYSIA


UNIVERSITI TENIKAL MALAYSIA MELAKA


UNVERSITI UTARA MALAYSIA


UNVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNVERSITI MALAYSIA SARAWAK


UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


UNVERSITI MALAYSIA KELANTAN



UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI MALAYA


UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG



UNIVERSIT TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

What Do You Think About Phobia?

Fobia adalah rasa takut yang keterlaluan terhadap sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan mengganggu kehidupan orang yang mengalaminya. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang berada dalam keadaan yang tidak tahu berfikir dan melakukan apa-apa kerana terlalu takut.


Beberapa kategori fobia dalam kehidupan:
  1. Agrophobia- ketakutan orang Afrika terhadap budaya Afrika
  2. Agoraphobia- ketakutan terhadap lapangan
  3. Antlophobia- takut terhadap banjir
  4. Bibliophobia- takut terhadap buku
  5. Caucasophobia- ketakutan terhadap orang dari kaum Kaukasus
  6. Cenophobia-takut terhadap ruang kosong
  7. Dendrophobia- takut terhadap pohon
  8. Ecclesiophobia- takut pada gereja
  9. Felinophobia- takut terhadap kucing
  10. Genuphobia- takut terhadap lutut
  11. Hydrophobia- takut akan air
  12. Hyperphobia- takut akan ketinggian
  13. Iatrophobia- takut akan doktor
  14. Japanophobia- takut terhadap orang Jepan
  15. Lygophobia- takut akan kegelapan
  16. Necrophobia- takut terhadap kematian
  17. Panophobia- takut terhadap segalanya
  18. Photophobia- takut akan cahaya
  19. Ranidaphobia- takut akan katak
  20. Shlionophobia- takut terhadap sekolah
  21. Uranophobia- takut terhadap syurga
  22. Venustraphobia- takut akan perempuan cantik
  23. Xanthophobia- takut kepada warna kuning
  24. Arachnophobia-takut kepada sayur-sayuran


Sunday, February 21, 2010

MULTIPLE INTELLIGENCE

Kecerdasan Pelbagai (Harward Garner)
1.Verbal-Linguistik
  • Seorang yang mampu menggunakan perkataan dengan berkesan sama ada secara lisan atau bertulis. Orang yang mempunyai ciri ini juga mempunyai kebolehan memanipulasi ayat, gaya bahasa dan pengucapan yang baik dan sempurna.
  • Kerjaya : Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah bidang bahasa.
  • Tokoh : Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespere
2.Logik-Matematik
  • Seorang yang mempunyai kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik). Orang dalam kategori ini melibatkan pemikiran secara saintifik, heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, pengujian hipotesis, dan penghitungan
  • Kerjaya : Ahli matematik, jurutera, akauntan
  • Tokoh : Issac Newton, Carl Freidrich, Al-Khawarizmi
3.Ruang-Visual
  • Orang yang mempunyai kebolehan mencipta gambaran mental dan dunia visual. Mereka mempunyai kepekaan terhadap garis, warna. bentuk dan ruang.
  • Kerjaya : Pelukis, Pengukir, Arkitek
  • Leonardo da Vinci, Hijjaz Kasturi, Minoru Yamasaki
4.Interpersonal
  • Orang yang mempunyai kemampuan mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan berkebolehan berkomunikasi dengan orang lain secara pragmatik dan lancar.
  • Kerjaya : Ahli politik, usahawan, pengacara
  • Tokoh : Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi
5.Intrapersonal
  • Orang yang mempunyai pengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mereka mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, dorongan, kemarahan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan untuk membentuk jati diri.
  • Kerjaya : Pakar kaunseling, pakar psikologi, ahli motivasi
  • Tokoh : H. M Tuah Iskandar, Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, William Glasser
6.Kinestetik
  • Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti kooridinasi, keseimbangan dn kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan perasaan dan idea.
  • Kerjaya : atlet sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon
  • Tokoh : Nicole David, Micheal Jordan, Rosyam Nor, Jackie Chan
7.Muzik
  • Kemampuan menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Mereka peka terhadap ritma, melodi dan kualiti sesuatu hasil muzik
  • Kerjaya : Komposer, penyanyi, pemuzik
8.Naturalis
  • Mempunyai kemahiran untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna.
  • Kerjaya : Petani, ahli botani, geologi, ahli biologi
  • Tokoh : Charles Darwin, David Starr Jordan, Louise Agassiz

Tuesday, February 16, 2010

Persahabatan Adalah Kasih Sayang Tanpa Sayap


Apa yang kita alami demi teman-teman kadang-kadang memenatkan dan mengjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunayai nilai yang indah.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi, demikianlah sahabat mendorong sahabatnya. persahabatan diwarni dengan pelbagai pengalaman suka duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan untuk kebencian.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya boleh berubah.

Kerinduan sahabat adalah menjadi sebahagian daripada kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang dibajai dengan sifat egostik. Semua manusia memerlukan sahabat sejati namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak orang telah menikamti indahnya persahabatan, namun ada juga yang hancur kerana dikhianati oleh sahabatnya.

a friends is one who forgives before you say sorry
understand when you say forgot
wait forever when you say one minute
and stay when you say leave me alone