Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah memperkenalkan siber-k pada November 1997. Siber-K menggunakan pendekatan e-mail bagi memberi perkhidmatan kaunseling. Siber-K diharap dapat:
- memudahkan klien untuk berhubung dengan kaunselor
- mengurangkan perasaan malu di kalangan klien
- mencegah masalah peringkat awal dan mengelakkan daripada berlarutan
- sumber rujukan awal bagi perkhidmatan kaunseling
- menjadikan perkhidmatan kaunseling tidak asing bagi orang awam
Siber-K bertujuan untuk:
- membantu dalam berfikir, berperasaan dan bertingkahlaku secara kolektif mengikut keadaan.
- membantu menilai dan kelemahan diri supaya membangunkan potensi diri
- membantu mendapatkan alternatif dalam kehidupan supaya lebih mudah untuk membuat sebarang keputusan
- membantu untuk bekerja dengan lebih konstruktif
- membantu dalam berhadapan dengan stress dan mengurangkan kesan negatif akibat stress
Proses mendapatkan kaunseling melalui Siber-K
- individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling boleh memilih kaunselor yang dikehendaki
- anda akan dirujuk terus kepada e-mail kaunselor yang dipilih, sila taip sebarang pertanyaan atau permasalahan anda dan kemudian hantar (sent) kepada kaunselor berkenaan.
- e-mail anda akan dijawab dalam masa 48 jam oleh kaunselor berkenaan
- ini bergantung kepada ruang masa kaunselor tersebut (mengambilkira cuti, tugasan luar dan kursus kaunselor tersebut)
- proses seterusnya adalah berdasarkan perbincangan dengan kaunselor anda. Anda digalakkan untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka bagi mendapatkan sesi kaunseling yang lebih berkesan.
0 comments:
Post a Comment